Alhamdulillahm, Program Wakafton Pembinaan Surau yang telah dilaksanakan bermula 18 September 2023 yang lalu telah berakhir pada 18 Disember tempoh hari. Program ini amat bermakna buat surau Ar-Rahman yang akan dibina. Setelah pengumpulan dan kiraan dana, kutipan daripada program ini berjumlah RM151,910.00. Semua dana kutipan Program Wakafton ini telah diserahkan […]
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PENAJA PEMBINAAN SURAU AR-RAHMAN 2024
21 Januari 2024 | Bilik Mesyuarat Sekolah Alhamdulillah, mesyuarat dihadiri oleh JK Penaja bersama pihak konsultan yang dilantik bagi membincangkan perkembangan dan proses-proses seterusnya.
PELANCARAN WAKAFTON SURAU
18 SEPTEMBER 2023 | DEWAN AL-BIRUNI Majlis Perlancaran Wakafton Pembinaan Surau Ar-Rahman merupakan salah satu usaha dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi mengumpul dana pembinaan surau. Objektifnya adalah mengumpul dan menambah dana pembinaan surau yang sedia ada bagi memulakan pembinaan surau Ar Rahman. Kaedah yang akan digunakan […]
Taklimat Prosedur Kutipan Wakaf Khas
23 Februari 2023 | Bilik Mesyuarat Perbadanan Wakaf Selangor, JAIS, Selangor Alhamdulillah, JK Pengurusan Surau telah dipanggil oleh Perbadanan Wakaf Negeri Selangor bagi mendengar taklimat Prosedur Kutipan Wakaf Khas untuk pembinaan surau.
Mesyuarat Jawatankuasa Panel Teknikal Pembangunan JAIS
8 NOVEMBER 2022 | Bilik Mesyuarat Pateh Akhir, JAIS Pengurusan JK Pembangunan Surau hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Panel Teknikal Pembangunan JAIS di Bilik Mesyuarat Pateh Akhir, Menara Selatan bagi membincangkan urusan-urusan berkaitan pembinaan. Doakan urusan pembangunan Surau Ar-Rahman berjalan lancar. InsyaAllah
Penyerahan Dokumen Permohonan
20 OKTOBER 2022 | Pejabat Agama Islam Daerah Klang Penyerahan dokumen lengkap permohonan pembinaan Surau Ar-Rahman SAM Hisamuddin Sg Bertih oleh Tuan Pengetua kepada pengurusan PAID, Klang. Doakan semoga urusan dipermudahkan. InsyaAllah
Perjumpaan Bersama PAID, Klang
18 OKTOBER 2022 | PAID Klang Pihak pengurusan sekolah dipanggil oleh Bahagian Masjid, PAID Klang bagi membincangkan dan mendapatkan perincian serta penjelasan berkaitan pembangunan Surau Ar-Rahman. Doakan urusan pembangunan surau ini berjalan dengan lancar. InsyaAllah










