PELANCARAN WAKAFTON SURAU

18 SEPTEMBER 2023 | DEWAN AL-BIRUNI

Majlis Perlancaran Wakafton Pembinaan Surau Ar-Rahman merupakan salah satu usaha dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru  (PIBG) bagi mengumpul dana pembinaan surau.

Objektifnya adalah mengumpul dan menambah dana pembinaan surau yang sedia ada bagi memulakan pembinaan surau Ar Rahman.

Kaedah yang akan digunakan dalam program ini adalah dengan menggunakan kad wakafton yang dicetak dan diedarkan kepada semua murid, guru, kakitangan sekolah, alumni, sekolah – sekolah , syarikat dan individu yang berkenaan.

Semua dana kutipan Program Wakafton ini akan diserahkan kepada pihak Surau Ar-Rahman, bagi menambah dana surau serta membolehkan projek / prosedur  pembinaan dimulakan. 

Semoga program ini berjalan dengan lancar, dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.