JUMLAH DANA PROGRAM WAKAFTON SURAU

Alhamdulillahm, Program Wakafton Pembinaan Surau yang telah dilaksanakan bermula 18 September 2023 yang lalu telah berakhir pada 18 Disember tempoh hari.

Program ini amat bermakna buat surau Ar-Rahman yang akan dibina. Setelah pengumpulan dan kiraan dana, kutipan daripada program ini berjumlah RM151,910.00.

Semua dana kutipan Program Wakafton ini telah  diserahkan pada pihak Surau Ar-Rahman, bagi menambah dana surau dan membolehkan projek / prosedur  pembinaan dimulakan. 

Buat makluman semua, pengurusan pembinaan surau memerlukan dana sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah keseluruhan kos pembinaan bagi mendapatkan Kebenaran dan Kelulusan Merancang (KM) dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Alhamdulillah, hasil usahasama PIBG dan kerjasama semua pihak, jumlah kutipan wakafton ini telah menjadikan sumbangan pembinaan mencapai lebih 50% daripada keseluruhan dana yang diperlukan tersebut.

Terima kasih kepada para penyumbang sekalian. Semoga Allah membalas infaq yang diberikan dengan sebesar-besar ganjaran.