Assalamualaikum warahmatullah wa barakatuh. Segala pujian kehadrat Allah SWT yang memiliki dan menguasai segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat Baginda.

Ibadah merupakan satu kewajipan kepada kita sebagai seorang muslim. Pelaksanaan ibadah harus dilihat dari pelbagai aspek supaya hasilnya berkualiti bagi menjana  Insan Kamil. Di sekolah SAM Sultan Hisamuddin Bumi Mawaddah ini, telah menjadi satu rutin harian warganya untuk melaksanakan ibadah bersama-sama.

Untuk makluman semua, buat masa ini warga sekolah melaksanakan solat berjemaah dengan berbumbungkan dewan terbuka yang kadang-kalanya mendatangkan ketidakselesaan. Melihat kepada kekurangan fasiliti yang dihadapi ini, maka perbincangan diantara pelbagai pihak, khususnya sekolah dan PIBG telah bersetuju sebulat suara untuk berusaha mewujudkan satu kemudahan bagi murid-murid melaksanakan ibadah dengan lebih selesa, iaitu dengan membina sebuah surau sekolah yang khusus.

Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua, agar dapat bersama-sama membantu kami dengan memberi sokongan dan sumbangan ikhlas bagi merealisasikan hasrat warga SAM Sultan Hisamuddin ini. 

Jazakumullah khairal jaza’

Sekian, Terima kasih

“SAMBERT Bumi Mawaddah”

TN. HJ MOHD YAZID BIN SHARIF
Pengetua / Pengerusi Surau Ar-Rahman