SIRI-SIRI PERBINCANGAN, TEMUDUGA & PENELITIAN AKHIR DOKUMEN TENDER

SIRI-SIRI PERBINCANGAN, TEMUDUGA & PENELITIAN AKHIR DOKUMEN TENDER

Assalamualaikum wbt. Setelah  menerima dokumen daripada syarikat-syarikat kontraktor yang berminat, pihak pengurusan surau bersama pihak konsultan yang dilantik telah meneliti setiap dokumen yang dihantar. 

Perbincangan dibuat secara teliti bagi memilih kontraktor yang layak. Ini termasuk panggilan bersemuka kepada kontraktor yang telah melepasi standard yang diperlukan bagi mengambil maklum segala aspek. Dari pihak pengurusan sekolah, adalah penting bagi kontraktor yang terpilih nanti maklum situasi semasa sekolah termasuklah keselamatan murid, gangguan bunyi dan lain-lain. 

InsyaAllah, keputusan pemilihan kontraktor akan dapat dikenalpasti setelah penelitian ini dilaksanakan.

Semoga proses pembinaan surau Ar-Rahman ini berjalan dengan baik.