• gallery

KOS BAHARU PEMBINAAN SURAU

09 MAC 2024 | KOS BAHARU PEMBINAAN SURAU AR-RAHMAN

Assalamualaikum wbt. Untuk makluman semua, kos baharu pembinaan surau Ar-Rahman adalah RM999,369.23, menghampiri RM1 juta. Oleh itu, pihak pengurusan mensasarkan pengumpulan RM1 juta bagi menampung kos keseluruhan pembinaan surau.

Untuk makluman, kos asal surau (RM830,000) adalah penilaian yang dibuat oleh pihak konsultan pada awal tahun 2022.

Walaubagaimanapun, setelah penilaian semula dibuat pada Mac 2024 dengan harga kos bahan mentah yang semakin tinggi, maka  kos pembinaan juga telah bertambah kepada nilai yang telah dinyatakan

Oleh itu, pihak Pengurusan Surau dengan rendah hati merayu kepada semua untuk membantu dari segi wakaf bagi projek pembinaan ini.

InsyaAllah, pecah tanah pembinaan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Mei 2024 ini setelah pemilihan kontraktor selesai.

Doakan  agar urusan pembinaan ini dapat dijalankan dengan baik. Amin!