Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala pujian kehadrat Ilahi yang memiliki dan menguasai segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat Baginda.

Alhamdulillah, seperti yang kita sedia maklum, sekolah ini telah memulakan proses bagi membangunkan sebuah surau yang diberi nama Surau Ar-Rahman SAM Sultan Hisamuddin. Diharapkan proses pembinaan surau sekolah ini berjalan dengan lancar sehingga akhirnya.

Saya selaku YDP PIBG, amat mengalu-alukan sokongan daripada pihak tuan-tuan dan puan-puan sekalian agar bersama-sama membantu, khususnya dalam pencarian dana bagi membina surau ini.

Buat pengetahuan semua, pihak PIBG juga melaksanakan pelbagai usaha untuk bersama-sama mencari dana pembinaan ini, antaranya Program Wakafton Surau yang telah dilaksanakan pada penggal sesi persekolahan yang lalu. Alhamdulillah, hasilnya sangat positif. Terima kasih tidak terhingga saya dahulukan kepada para penyumbang sekalian. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik semua.

Akhirnya, ayuh sama-sama kita berdoa agar pembinaan surau ini dapat direalisasikan dengan jayanya. 

Terima kasih.

EN. MOHD NIZAM BIN BAHARUDDIN
YDP PIBG