PENENTUAN DAN PENGESAHAN ARAH KIBLAT

15 JANUARI 2025  | RABU

 

Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah. Pada 15 Januari 2025,  Jabatan Mufti Selangor telah hadir ke tapak pembinaan bagi tujuan penentuan arah kiblat Surau Ar-Rahman SAM Sultan Hisamuddin.

 

Penentuan dan pengesahan arah kiblat ini merupakan satu prosedur wajib bagi mendapatkan arah kiblat yang betul dan tepat sebelum kerja-kerja fizikal pembinaan dijalankan.

 

Alhamdulillah. Terus doakan agar pembinaan ini berjalan dengan lancar, Amin.